Kursus Usahawan Berprestasi Tinggi- Pembangunan Poster Dan Flyers
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf PI1M berkenaan dengan perisian Adobe Photoshop untuk mereka bentuk flyer dan poster untuk mempromosikan perniagaan dan baranganan. Tenaga pengajar dari pensyarah yang berpengalaman dari Universiti Malaysia Kelantan iaitu Dr.Mohd Hafizi Suhaimi. Peserta terdiri daripada 18 orang pengurus dan penolong pengurus Wilayah Tengah Kuala Lumpur.
Pada sesi pagi , peserta diajar berkaitan dengan pengenalan adobe photoshop. Peserta diperkenalkan dengan peralatan yang digunakan untuk menyunting gambar seperti Magnetic Lasso, Crop, Moves, Type dan sebagainya. Peserta diberi latihan untuk mengingkatkan kemahiran dan kefahaman dalam adobe photoshop. Peserta diajar untuk membuat poster, banting dan banner perniagaan.
Pada sesi petang pula, peserta diberi tugasan untuk membuat satu poster berkaitan mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti setempat. Dengan pendedahan yang telah diberikan, peserta dapat menyampaikan dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi ini kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: